seperti yang dijanjikan aku nak buat entry pasal mengutipan sampah sepanjang pesta konvo ke-46 berlangsung. tapi tander kami telah pun berakhir malam tadi (walaupun pesta masih berlangsung 4hari lagi) oleh sebab yang tertentu. kalau nak cerita sebabnya memang panjang dan juga amatlah menyakitkan hati. Jadi, tak payahlah kita nak buruk-burukan orang lain untuk memuaskan hati masing2.
okelah, gambar2 yang aku upload kali ni baru sahaja diambil malam tadi. Sebenarnya malam tadi bukannya turn aku pun bertugas, tapi diorang kate malam tadi merupakan hari yang terakhir, so aku pun turunlah sebagai jurugambar(^_^).
inilah keperluan yang diperlukan semasa proses pengutipan sampah berlangsung.. |
12.00am: semua warga cleaner berkumpul di tempat parking berhadapan tapak pesta konvo UTM.
-waktu ni semua orang menunggu bilalah para penggerai ni nak tutup gerai diorang. Jadi kami pun bergosiplah sambil clik2 gambar sementara menunggu penggerai melabuhkan tirai menutup khemah masing2.
haa..inilah antara muka-muka pengutip sampah pada malam itu..hehe |
dari kiri : hana, aku(eyka hamka), ayu, asmah dan aien |
12.30am : still menunggu para penggerai melabuhkan tirainya.
12.40am : mula bergerak ke dalam tapak konvo beramai2 walaupown ada segelintir gerai belum ditutup
12.44am : mula mengutip sampah dan membersihkan(menyapu) sekitar tapak pesta
syazren ingin menunjukkan sampah berada di merat-rat tempat |
dari kiri : shafiq, Lee, fareha n faezah time ni Lim n Shafiq amat marah sebab tangkap gambar diorang tengah kutip sampah sebab nanti hilanglah kemachoan mereka.hehe |
hana, asmah dan ayu bersemangat membersihkan kawasan tapak tanpa menghiraukan aku..huhu |
2.00am : selesai menyapu di seluruh kawasan tapak
2.05am : mencari troli untuk mengangkut sampah ke tong sampah besar.
- tapi malangnaya troli yang dicari-cari hilang menyembunyikan diri. puas kami mencarinya di seluruh kawasan namun tidak kelihatan juga. jadi kami membuat keputusan untuk mengankut sampah tersebut mengunakan motor.
PANDANGAN HADAPAN cara mengangkutan sampah yang terbaru.:p |
PANDANGAN BELAKANG |
peristiwa terkeluar isi perut : peristiwa ni berlaku semasa kitaorang sibuk mengangkat sampah tetiba..oh demn!!...air sampah terkeluar dari plastik sampah. Air kuning itu adalah air tepung roti jala..nak xnak hanis terpaksalah membersihkannya sambil diperhatikan oleh safwan.
SEBELUM |
SELEPAS |
peristiwa triple : haa triple?!..hahaha..yolah..sampah ni ade yang berat dan ada yang ringan. kalau yang ringan tu bolehlah jinjing kat tangan. Tapi dalam kes ini, sampah yang diangkat sangat berat. So, terpaksalah 2 orang yang memegangnya dibelakang dan sorang driver...hahaha..gambar2 di atas mengambarkan peristiwa tersebut...:D
inilah tong sampah besar yang aku cakapkan tadi |
hanis begitu gagah dan bersemngat tanpa menghiraukan bau sampah |
cara ke2 bagi sampah yang berat |
ayu!!!...hati2 ya..hehe |
3.00am : selesai mengakut sampah2 rinagn yang boleh diangkat menggunakan moto. malangnya ada lagi sampah yang lebih berat iaitu level3 di bahagian gerai basah.(rehat sekejap sambil minum air seratus tambah(100+))
3.10am : mencari troli lagi...lastly aku terjumpa troli Mak Jah cafe..so pinjamlah sekejap nanti basuh balik..dah darurat ni.hehehe..
3.30am : pulang mencari bilik air untu mandi di bilik masing2..penat gilerr!!
so, sape2 yang nak ambil tander kebersihan next time, fikir2kanlah..haha
p/s : percutian sabah episode 2 bakal menyusul
0 comments:
Post a Comment