Friday, January 21, 2011

Percutian Sabah chapter 1 (Tips of Borneo)

disinilah terletaknya Tanjung Simpang Mengayau
    Sebulan yang lepas iaitu pada bulan 12 2010 aku telah pulang ke Sabah utuk menemui keluargaku. Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku bercuti di Sabah. Sebenarnya masa aku kecik2 dulu pernah jek pergi sane tapi banyak jugaklah tempat yang aku ingat2 lupe. So, kali ni kompen takkan lupe punyew la..
    Percutian Sabah chapter 1 ini aku nak berkongsi tempat menarik yang aku pergi mase kat sana iaitu Tips of Borneo. Apa itu Tips of Borneo??....ok, kalau korang nk tahu Tips of Borneo ini adalah sempadan diantara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Perjalanan ke sini agaklah memenatkan. Mana taknya, jalan yang kami lalui merupakan 75% sahaja yang bertar. Yang selebihnya ialah batu bata. Tetapi sedikit pun tidak rasa rugi apabila sampai kat sana. View kat sana memang tersangatlah cantek dan akan membuatkan korang sume terpegun. tapi masa ini aku pulak yang pakai selekeh..haha. Mula- mula ingat tak singgah mana-mana. Tengok-tengok banyak pulah yang ayah aku singgah. kenangan punya pasal tangkap jela gambarkan..hehe



Tanjung Simpang Mengayau "Tips of Borneo" Kawasan ini yang terletak paling utara di Borneo dan menjadi pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Dengan landskap yang cantik dengan susunan batu-bata tempat pejalan kaki yang berlatar belakangkan Laut China Selatan (LCS) membuatkan Tanjung ini kelihatan memanjang dan sangat menarik.
Menurut cerita, Tanjung ini dahulunya adalah satu tempat yang dikelilingi hutan tebal dan berada betul-betul di pertemuan antara dua laut iaitu LCS dan Laut Sulu di Selatan Filipina. Ia juga pernah menjadi tempat pendaratan pengembara terkenal yang mengelilingi dunia Ferdinand Magellan yang berhenti selama 42 hari untuk membaiki kapalnya yang rosak dipukul ribut.
Dalam bahasa Rungus, iaitu suku kaum majoriti yang menghuni kawasan ini, Tanjung Simpang Mengayau bermaksud ‘benteng pertahanan’ kaum Rungus daripada pihak musuh (lanun dari kepulauan Filipina) yang menyerang perkampungan mereka. ‘Tanjung’ bermaksud penghujung, ‘Sampang’ pula bermaksud jambatan manakala ‘Mangazou’ membawa makna peperangan. Dalam bahasa Bajau pula, ‘Mengayau’ bermaksud berperang.
   
   Aku sangat beruntung sampai kat Tips of Borneo ni..sampai jek matahari nk terbenam..mmg nyaman sangat. Dan angin pulah bertiup bagaikan menyambut kehadiran kami ni. Lanskap kat sana pulak tak payah cakaplah, memang sangat dijaga dan cantek sangat. terasa macam kat Pulau Jeju, Korea pown ada. haha.. Lagi satu yang aku perasan, tanah kat situ tak sama dengan tanah biasa kat rumah kita ni tau. Tanah die ni ade tompok-tompok warna hitam. mula- mula aku ingat aku dah terpijak taik kambing ke kan. tengok sekeliling tak ada sekor kambing pown. Rupanya tanah die memang macam tu. Haa, ni lagi satu aku terpegun tengok pantai kat kawasan situ..mak ai!!!..A class beb!..bak kata orang bagaikan pantai yang masih dara..belum terusik apa2 lagi..memang sangat bersih dan indah.




deq is kenapa muke awak camtu skali..hehe


p/s: baru try MP3 rocket for download vedio or mp3..sangat best...:)

ikhlaskan diri sebelum melakukan sesuatu^_^

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright© All Rights Reserved eykahamka.blogspot.com