disinilah terletaknya Tanjung Simpang Mengayau |
Sebulan yang lepas iaitu pada bulan 12 2010 aku telah pulang ke Sabah utuk menemui keluargaku. Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku bercuti di Sabah. Sebenarnya masa aku kecik2 dulu pernah jek pergi sane tapi banyak jugaklah tempat yang aku ingat2 lupe. So, kali ni kompen takkan lupe punyew la..
Percutian Sabah chapter 1 ini aku nak berkongsi tempat menarik yang aku pergi mase kat sana iaitu Tips of Borneo. Apa itu Tips of Borneo??....ok, kalau korang nk tahu Tips of Borneo ini adalah sempadan diantara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Perjalanan ke sini agaklah memenatkan. Mana taknya, jalan yang kami lalui merupakan 75% sahaja yang bertar. Yang selebihnya ialah batu bata. Tetapi sedikit pun tidak rasa rugi apabila sampai kat sana. View kat sana memang tersangatlah cantek dan akan membuatkan korang sume terpegun. tapi masa ini aku pulak yang pakai selekeh..haha. Mula- mula ingat tak singgah mana-mana. Tengok-tengok banyak pulah yang ayah aku singgah. kenangan punya pasal tangkap jela gambarkan..hehe